PEMILIHAN REKABENTUK
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk
menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan
peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk
bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke
peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah
dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir
serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu
disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk
ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna
kuning di bahagian tepi kiri.
Pendapat umum diambil kira
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang
ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut.
Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu
telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun
sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera
Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka
cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan
Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu,
Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan
Persekutuan.
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk
bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan
pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan
membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima
manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali
11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris
bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor,
Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan
bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti
dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23
Februari 1950.
Reka bentuk terakhir dipilih
Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation
of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately
red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue
quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed,
the standard size of the flag to be six feet by three feet."
Reka bentuk diluluskan
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei
1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu
telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang
dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di
perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja
Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat
termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan
sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan
Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua
Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama
kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang
berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah
Melayu.
Pembentukan Malaysia
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan
percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai
untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang
Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja
menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk
Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan
Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang
pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan
Malaysia.
Singapura berpisah
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia
pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus
dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14
melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (terdiri daripada Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
No comments:
Post a Comment