Nama Jalur Gemilang
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada
1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai
dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu
peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan
antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan
sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang
diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada
mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai
1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta
ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa,
Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun
ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama
lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut
keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar
Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos
1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur
Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah
dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan
satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang
dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh
yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa
jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan
rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama
ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan
rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat
petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
No comments:
Post a Comment