Bendera Malaysia
Bendera Malaysia; (tulisan Jawi: بندرا مليسيا) dikenali sebagai Jalur Gemilang,
mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar
bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur
putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13
buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.
Bintang 14 bucu dan 14 jalur putih merah adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan.
Warna Biru Tua merupakan simbol perpaduan rakyat Malaysia.
Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu adalah lambang kedaulatan kesultanan melayu.
Warna Putih melambangkan kesucian amalan murni rakyat Malaysia
Warna Merah merupakan simbol keberanian rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment